KELAS ONLINE ASAS BLOG PENULISAN
DAN
ASAS BLOG DAN FANPAGE (MULA BISNES)
Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut:
1. Kelas online asas bina blog penulisan -
 belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu 
formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. 
Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik
 tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung 
dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 900 blog
 untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang 
betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif 
menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis
 juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula 
bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu
 mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan 
mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan 
awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya
 (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang 
sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh
 masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. 
Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat 
borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat 
pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my 
merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan 
dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang 
bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum 
menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh 
menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi -
 Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes 
online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu 
kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas 
talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal 
tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet. Belajar 
bagaimana untuk mendapat RM50-100 untung bersih hanya melalui produk 
akademi, produk dan servis atas talian.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Apakah matlamat utama kelas ini :
1. Memberi pencerahan dan ruang kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya.
2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'.
3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.
Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan 
sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook 
rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam 
group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal 
coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial 
bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa 
protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh 
dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. 
Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin 
bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya 
terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege
 tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog 
mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. 
Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian
 internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada 
protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.
Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu 
sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas 
penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. 
Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi 
berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil 
masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. 
Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan 
tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan 
fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat 
lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan
 dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk 
wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina
 kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi 
dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu 
memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu 
memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu 
menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan
 penyertaan untuk kaum adam.
![]()  | 
| Yuran Pakej 1 - RM 150 | 
Yuran Pakej 2 - RM 180
![]()  | 
| Yuran Pakej 2 - RM 180 | 
Yuran Pakej 3 - RM 200 (berpeluang untuk menjadi Pengurus Online Akademi)
Pilih untuk sertai kelas :
i. Blog asas penulisan
ii. Blog mula bisnes produk sendiri
iii. Blog mula bisnes dropship ABDR (Pilih antara pilihan produk makanan, makanan sunnah, produk islamik)
![]()  | 
| Yuran Pakej 3 - RM 200 | 
 Yuran Pakej 4 - RM 300 (Kelas asas blog penulisan & blog mula bisnes - dapat belajar dalam 2 kelas serentak)
> Bonus 5 ebook (ebook belajar asas 
blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 
idea home based bisnes, ebook rahsia khdmat pelanggan)
> Beriklan di soho directory 2 tahun
> Berpeluang menjadi Pengurus Online akademi
> Jika memilih untuk dropship ABDR (dapat 2 pilihan produk) 
 i. produk makanan + produk sunnah
ii. produk makanan sunnah + telekung solat 
iii. produk makanan sunnah + produk islamik 
Yuran Pakej 5 - RM 250 (Kelas blog borong runcit telekung solat)
> Bonus 4 ebook (ebook belajar asas 
blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 
idea home based bisnes)  
Untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan, hubungi saya, 
(PN SITI KAMARIAH KASIM - Pengurus Online ABDR)
Email : pnsitikamariahkasim@gmail.com
WhatsApp : +6010 11-4051 7311
(PN SITI KAMARIAH KASIM - Pengurus Online ABDR)
Email : pnsitikamariahkasim@gmail.com
WhatsApp : +6010 11-4051 7311




Tiada ulasan:
Catat Ulasan